Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan (W17)
Ada satu hari tu, aku dipanggil untuk menghadiri temuduga Pembantu Tadbir Kewangan (W17). Temuduga ni aku ambik masa tu aku tengah keje kat kilang kotak. Ingat lagi masa tu aku mohon izin dgn bos utk datang selepas pukul 10 pagi pada keesokkan harinya. Alasan untuk mohon pelepasan tu pun aku tak ingat, tapi yang pastinya alasan yang cukup kukuh supaya dapat pegi interview. Sebab bos takkan lepaskan aku kalau alasan tak kuat. Nak buat cammana, terpaksa..kalau tak, nanti terlepas peluang keemasan. Sori bos..hehee..
Keesokkan harinya, aku datang ke pusat temuduga SPA di Bangunan Stallion, Kuching dengan menyarungkan baju kurung biru tua berbunga putih dan dipadankan dengan sehelai tudung bawal berwarna biru muda. Semestinya pakai kasut kerja berwarna hitam dan bertutup, serta tas tangan bersaiz sederhana berwarna hitam. Pakai name tag jugak tau. Nampak profesional dan bersungguh sikit nak mintak keje..heheh.
Baru je sampai bangunan tu, aku terus ternampak sign board kat pintu lif tertulis " Temuduga Pegawai Pertanian (G41) & Pembantu Tadbir Kewangan (W17) di tingkat Tingkat 3". Aku nampak je Temuduga Pegawai Pertanian tu aku terkaku. Aduhh.. Sepatutnya aku pegi temuduga ni. Sebab pertanian memang bidang aku masa kat U dulu. Macammana ni, aku teringin nak pegi temuduga Pegawai Pertanian jugak..Aku terus naik lif ke tingkat 3 dan serahkan fail dan resume kepada pegawai yang bertugas di kaunter depan sejurus selepas dia suruh aku duduk. Masa tu belum sampai pukul 8 pagi, baru beberapa orang yang ade kat situ. Tak silap dalam 3 orang je. Selepas semua sijil2 diperiksa, aku pun duduk dan menunggu dipanggil dengan perasan yang bercampur baur selepas melihat ada temuduga Pegawai Pertanian pada masa dan tempat yang sama.
Tak sempat panas lagi kerusi tu aku duduk, dah terus nombor giliran aku dipanggil masuk. Aku orang pertama interview kat bilik tu. Aku ketuk pintu, kemudian masuk, senyum dan serahkan fail dan resume kepada 2 orang panel penemuduga. Dua2 panel perempuan, sorang cina, sorang india. Kemudian panel tu minta aku duduk. Maka bermula lah sesi temuduga..
Aku : (tiba2 keberanian ku datang) Puan, boleh tak saya pergi temuduga di bilik
sebelah?
Panel cina: Eh, betul ke awak interview jawatan ni? awak salah bilik ke?
Aku : Bukan puan, saya tak salah bilik. Tapi saya tengok ade interview Pegawai
Pertanian. Itu memang bidang saya masa kat U dulu. Tapi saya tak dipanggil
untuk temuduga tu.
Panel India: O..tak boleh, kena ada surat panggilan baru boleh interview.
Aku : O..ok puan (sambil tenangkan diri, redha dan ready untuk ditemuduga).
Panel cina: Ok, boleh perkenalkan diri?
Aku : Nama saya Nurfaizah Binti Matra, berumur 30 tahun, berasal dari Kampung xxxxxx, Sarawak. Tetapi kini menetap di Kota Samarahan. Saya ada 2 org anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kini saya sedang bekerja sebagai kerani pengeluaran kilang kotak (nama kilang) di Pending.
Panel India: O, jadi sekarang awak kerja sebagai kerani lah ya?
Aku : Ya puan.
Panel India: Kilang tu buat apa ya?
Aku: Kilang tu buat kotak seperti kotak me maggie, kotak untuk barangan kilang Taiyo, bla bla bla..
Panel cina: Oo..kilang buat packaging kotak ya?
Aku : Ya puan. Ada 2 lagi cawangan kilang tu di semanjung (nama tempat) bla bla bla..
Panel cina : O..ya, saya tahu. Ok2 (angguk2 n nampak mcm berpuas hati dengan penerangan yang aku beri)
Panel India: Apa tugas awak kat kilang tu?
Aku : Tugas saya ambil kedatangan pekerja kilang, buat kerja2 perkeranian seperti filing, jadi PA bos, check OT pekerja, bla bla bla..
Panel India: Awak ada check OT jugak ya?
Aku : Ada puan. Itu memang tugas saya. Saya kena buat kira-kira OT pekerja. Saya
dh biasa buat kerja tu (kira nak relatekan dengan kerja yg nak dipohon gak la..)
Panel cina: Awak selalu balik lewat?
Aku : Ya puan, itu dah biasa bagi saya.
Panel cina: Pukul berapa awak selalu balik?
Aku : Dalam jam 7.30, 8 mlm macam tu.
Panel India: Sebab awak kena tahu, kerja kewangan ni banyak melibatkan kira2, n selalu kena balik lewat.
Aku : Ya, saya faham puan. Tak menjadi masalah bagi saya.
Panel Cina : Oo..so, u suka buat kira2?
Aku : Ya puan, saya suka buat kira-kira. Masa kat sekolah dulu saya minat sangat
dengan subjek matematik. Saya suka nombor2 ni (Chewah..hahaa..)
Panel Cina: Awak tak suka pegi sana sini jerit2? (nampak bersungguh panel tu bertanya)
Aku : Ya puan, saya tak suka jerit2 sana sini. Saya suka duduk diam2 buat kerja
saya sendiri, n buat kira2 kerja saya kt ofis.
Panel cina : Bagus2. Saya suka awak. Awak boleh jadi anak buah saya kalau kerja dengan
saya. Saya rekomenkan awak.
Aku : Terima kasih puan. (Senyum & rasa mula berbunga di hati :))
Maka, aku pun mula bangun n ambil fail pada panel tadi, dan ucapkan terima kasih sekali lagi dan beredar meninggalkan bilik itu..
Lebih kurang 2 bulan kemudian...keputusan temuduga pun keluar. Keputusannya...
TAHNIAH!..Anda dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir Kewangan (W17)...
(syukur alhamdulillah.... :))))
Pelajaran yang aku dapat dari temuduga tu:
1) Pentingnya ada pengalaman kerja di tempat lain. Sekurang2nya kita ada benda nak diceritakan. Tak kesah la kerja kilang ke, kerja supermarket ke, kedai runcit ke, mengasuh anak orang ke.. yang penting pengalaman.
2) Confident. Walaupun kita tak banyak tau, tapi kena pandai2 bawa diri.
3) Kena pandai goreng ayat. Tp jangan over, nanti org menyampah. Tapi jangan menipu plak, nanti kantoi lagi susah.
4) Senyuman. Jangan kedekut beri senyuman ikhlas, kerana senyuman itu boleh mencairkan hati yang memandang :)
5) Bersyukur dengan apa yang kita ada.
Walauapapun, kita hanya mampu berusaha. Yang selebihnya bergantung kepada rezeki yang Allah berikan kepada kita. Allah yang menentukan segalanya. Sekurang-kurangnya kita buatlah yang terbaik demi masa depan kita.
Walauapapun, kita hanya mampu berusaha. Yang selebihnya bergantung kepada rezeki yang Allah berikan kepada kita. Allah yang menentukan segalanya. Sekurang-kurangnya kita buatlah yang terbaik demi masa depan kita.
No comments:
Post a Comment