Bismillahhirrahmannirrahim...
Inilah kali pertama aku menulis blog..
Namaku Nurfaizah Binti Matra, seorang wanita sederhana yang berasal dari tanah air tercinta, Sarawak Bumi Kenyalang. Aku hanyalah seorang insan biasa yang suka membaca dan menulis. Coretan diari memang sudah terbiasa tatkala senggang atau tiba-tiba ilham datang menerjah. Kadang kala sekeping kertas atau belakang buku semasa di bangku sekolah juga menjadi tempat nukilan hati ini. Walaupun memiliki Ijazah Sarjana (Masters) dalam Bidang Sains, aku terima jua sebuah pekerjaan dengan Gred 17 (kelayakan SPM) kerana kusedari mencari pekerjaan bukan suatu perkara yang mudah pada zaman sekarang. Persaingan amat sengit apabila puluhan ribu pelajar lepasan ijazah tumbuh bagai cendawan. Untuk itu, aku amat bersyukur kerana bertuah terpilih sebagai salah seorang penjawat awam di negara ini. Walaupun dengan gred yang rendah, aku akan bekerja bersungguh-sungguh demi mencari rezeki yang halal untuk keluargaku..
No comments:
Post a Comment